Saturday, 11 May 2024

Ayah Meninggal Dunia 6 Jam Sebelum Konvokesyen

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS: “Ayah paling teruja hendak ke majlis konvokesyen walaupun dan ini pertama kali ayah akan hadir ke majlis konvokesyen,” kata graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Hafiz Mokhtar, 27.



Namun impian ayahnya,  Mokhtar Mat Isa, 65, untuk menyaksikan anak ketiga daripada enam beradik itu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian di atas pentas, hari ini, tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Arwah pada mulanya terjatuh di rumah inap di Teluk Ketapang pada awal pagi tadi dan mengalami serangan jantung.

“Melihat keadaan ayah semakin teruk, saya terus membawanya ke HSNZ menaiki kereta dan sampai di hospital ayah disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi tadi,” katanya ketika di temui di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-14, hari ini..

Muhammad Hafiz berkata, majlis konvokesyennya berlangsung, hari ini, namun arwah mahu bertolak pada hari Ahad dengan menaiki kereta bersama empat ahli keluarga lain.

“Alhamdulillah, saya sempat juga meluangkan masa bersama ayah di Terengganu sebelum majlis konvokesyen hari ini”



“Saya ikutkan saja permintaan ayah itu kerana boleh juga membawanya bersama ibu, Salmah Kasa, 64, ke beberapa tempat menarik dan makan malam di sekitar Kuala Terengganu” katanya yang kini bekerja separuh masa sebagai pembantu kedai di Selayang Baru.

Jenazah Mokhtar dibawa pulang ke kediaman mereka di Kampung Selayang Baru pada jam 8 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selayang Baru, hari ini.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara